Search This Blog

Friday, July 16, 2010

Artifak Tanah air dluar negara

"Tak Melayu hilang di dunia"...
Tapi bagaimana pula dengan manuskrip Melayu yang hilang?


Artifak Melayu di British Museum London:
(i) Al Quran dari Zaman Kesultanan Melaka;
(ii) buku Salasilah Kesultanan Melaka dan Melayu Riau (di dalam tulisan jawi);
(iii) sebuah buku yang didakwa ditulis oleh Munshi Abdullah;
(iv) buku sejarah bertulisan jawi dari Terengganu dan Kelantan.


British Museum di London

kalau benda or artifak sejarah tu dah berada dalam museum or library mereka tak kira lah kat London ke Amsterdam ke... memang susah nak ambil semula. Egypt nak minta balik Rosetta Stone pun British tak bagi..Ini kan pula barang barang dari Tanah Melayu yang ada pada mereka.


Batu Rosetta di British Museum...

Batu Rosetta merupakan gerbang Bahasa Mesir Purba dapat dibaca pd zaman Moden..
kalo x, kita smpi skrng x phm Bahasa Firaun..

Selain dari tu, kat Bodleian Library, ada byk juga manuskrip yang berasal dr Tanah Melayu dlm simpanan dia org. semua yg original. salah satu yang paling menyentuh perasaan masa tgk ialah gambar Tok Janggut yang digantung kepala kebawah.



----------
Dalam South East Asia Gallery. Kita tengok apa artifacts dari Malaysia yang ada disimpan kat British Museum.

Kalau baca apa dia tulis kat bawah benda ni, yang putih tu

Ringstone from Ulu Lipis, Pahang. About 2 to 3 before century. Given by Cecil Wray, 1935. Yang sebelah dia pulak 2 bar celts about 2 to 3 before century. Given by Mrs. C King Bull, 1950.

Tak salah aku Cecil Wray ni pernah jadi British Resident kat Pahang.Mungkin dia lah yang bawa ringstone tu balik ke Britain. Mrs. C KingBull tu aku tak tau siapa. Tak pernah dengar nama dia pun.



Ni pulak iron socketed axe. Dia tulis atas tu ...

Said to have been found in a river bed in Perak. This tulang mawas (ape's rib) axe closely resembles a similar example found with the Klang Bell (see photograph). This is the characteristic tool of the Malaysian iron age.

Tak ada pulak dia tulis siapa yang bagi pada British Museum.



---
Sememangnya pada zaman kolonial banyak artifak negara telah dibawa ke muzium-muzium negara Barat seperti British Museum dan universiti-universiti di Amerika Syarikat (AS) untuk dibuat kajian dan penyelidikan.

Contohnya kira-kira 200 rangka manusia dari Gua Niah, Sarawak yang kini berada di sebuah universiti di AS. Begitu juga dengan peralatan pada era prasejarah yang kini diletakkan dalam cermin kaca di British Museum.

"Artifak-artifak ini diberi kepada penyelidik-penyelidik "mat saleh' ini untuk dibuat kajian atas pinjaman tapi malangnya sampai sekarang, ia tidak dikembalikan,'' katanya.

Pergi tak kembali....

No comments:

Post a Comment